00:10

Jurnal Kajian M3

RINGKASAN JURNAL: PENGUASAAAN SIFIR DARAB DALAM MATEMATIK TAHAP DUA
Ringkasan jurnal oleh Dragonizer
Penulis asal: Agnes Voo Tun Chuan


Pencapaian rendah di kalangan dalam Matematik di sekolah-sekolah rendah berpunca dari kegagalan pelajar untuk menguasai sifir darab. Kegagalan pelajar dalam menghafal sifir dan mencongak di depan rakan-rakan mereka boleh menyebabkan mereka menghadap math phobia. Satu kajian tindakan melibatkan murid tahun 5 yang rendah pencapaiannya dipilih. Pelajar-pelajar ini didapati tidak memahami konsep operasi darab, tidak belajar melainkan di sekolah, tidak mahu belajar, tidak sedar tentang kepentingan pendidikan dan belum menguasai kemahiran membaca dan menulis. Tinjauan awal melibatkan temubual dengan guru dan murid, semakan profil murid dan ujian awal. Didapati sample terdiri daripada anak pendatang, tiada dorongan/perhatian ibu bapa/penjaga, ke sekolah tanpa sarapan pagi, bekerja di luar waktu sekolah dan jarang hadir ke sekolah. Setahun kemudian, satu lagi kajian tindakan diadakan pada kelompok murid yang sama, tetapi melalui rombakan kelas. Pra-ujian diadakan semula dan didapati hanya sebilangan kecil sahaja murid-murid yang dapat menguasai sifir darab dan ada juga yang tidak dapat mendarab dalam masa yang ditetapkan. Temuduga dijalankan dan didapati hasilnya pelajar dimasukkan ke dalam tiga kumpulan iaitu; 1) tidak tahu (dari segi fahaman konsep, kaedah belajar, membaca dan menulis); 2) tidak dapat (status ekonomi keluarga, kekangan masa, aktiviti lain) dan 3) tidak mahu (tidak minat belajar).

Seterusnya diadakan perjumpaan dengan ibu bapa. Pengkaji telah mengadakan sesi bimbingan di mana perkara-perkara seperti kepentingan pendidikan dan keperluan belajar, kepentingan matematik dalam hidup, sifir dan kegunaanya disentuh. Kelas hari Sabtu diadakan untuk belajar semula konsep asas operasi darab, latihan congak setiap hari, ujian dari semasa ke semasa, perjumpaan dengan guru semasa rehat/selepas sekolah dan pelajar digalakkan membantu antara satu sama lain. Aktiviti hari Sabtu bertujuan membolehkan pelajar memahami konsep operasi darab melalui aktviti hands-on untuk mendapat konsep, menulis sifir pada kadbod untuk ditampal di dinding, menulis sifir pada kad kecil yang boleh dimasukkan dalam saku, a x b = b x a dan mencari gambar tersembunyi dengan menggunakan sifir. Pelajar juga diajar menghafal dengan menggunakan teknik lipatan kertas selain latihan mencongak secara lisan dan Mad Minute (jawab soalan operasi darab sebanyak mungkin dalam masa satu minit) semasa kelas Matematik. Berdasarkan Ujian Pertengahan Program dan Ujian Post didapati keputusan dai kedua-dua ujian ini amat menggalakkan. Pengkaji menyimpulkan bahawa kerjasama antara guru-guru lain sukar dibina, kanak-kanak memerlukan perhatian sepanjang masa; perlukan intensif untuk belajar, tunjuk cara yang berterusan sangat diperlukan, latihan congak mesti diteruskan; permainan Matematik sungguh popular dan murid-murid biasanya menghadapi masalah dalam sifir 6,7 dan 8.


Ulasan:

Penulis membincangkan mengenai aktiviti Kajian Tindakan yang dijalankan terhadap pelajar yang gagal menguasai sifir darab. Penulis pada akhir penulisannya juga berpendapat bahawa guru-guru perlu memainkan peranan yang lebih positif dalam menerapkan pengajaran pembelajaran sifir darab kepada murid-murid berpencapaian rendah. Berdasarkan sejarah perkembangan pendidikan matematik di Malaysia, kandungan isi pelajaran matematik telah beberapa kali mengalami perubahan. Dari segi kandungan sukatan pelajaran, kurikulum matematik yang dilaksanakan sebelum tahun 70’ an memberi fokus kepada matematik tradisi. Dalam kurikulum matematik tradisi, matematik sekolah pada amnya disusun sebagai himpunan kemahiran dan konsep mengikut hirarki tertentu. Objektif pengajaran yang berlandaskan kepada teori pembelajaran tingkah laku telah membuat matematik terbahagi kepada ratusan bahagian, dan setiap bahagian diajar secara berasingan antara satu sama lain (Asiah Abu Samah, 1982).

Dalam sukatan ini, kemahiran asas dalam ketepatan dan kelajuan kira mengira diberi penekanan. Segala pengiraan atau susunan algoritma (seperti dalam geometri Euclid) mestilah mengikut prosedur atau tertib tertentu. Pendekatan ini adalah selari dengan teori pembelajaran tingkah laku yang pada keseluruhannya berasaskan kepada objektif tingkah laku. Fokus teori ini adalah kepada bentuk atau jenis tingkah laku berulang manusia apabila dipengaruhi oleh b eberapa rangsangan. Pendekatan pengajaran pembelajaran begini sangat berkesan dalam meningkatkan kemampuan pelajar dari segi mengulangi algorithma atau prosedur matematik, tetapi tidak boleh digunakan untuk menerapkan pemikiran matematik yang lebih luas(Noor Azlan Ahmad Zanzali, 1996).

Matematik pada ketika itu dianggap sebagai ilmu kira mengira. Segala fakta, petua dan hukum mesti dihafal oleh murid-murid. Maka pembelajaran matematik menjadi satu rutin menerima pengetahuan, menghafal pengetahuan dan membuat latih tubi supaya meningkatkan penghafalan (Ibrahim Md. Noh, 1995).

Berikutan dengan reformasi pendidikan yang berlaku diseluruh dunia ‘matematik moden’ telah mula diperkenalkan di sekolah -sekolah di Malaysia. Dalam sukatan pelajaran matematik Pilihan C yang dilaksanakan pada awal 70’an, unsur-unsur matematik moden dimasukkan dalam sukatan pelajaran (Asiah Abu Samah, 1982).

Pendekatan pengajaran yang bermula dengan pemahaman konsep, tanpa mengurangi kepentingan mengira, berasaskan kepada penghayatan struktur matematik telah dilaksanakan di sekolah. Guru-guru digalakkan menggunakan kaedah inkuiri dalam pengajaran mereka. Murid-murid mula didedahkan kepada proses matematik untuk menghasilkan sesuatu keputusan matematik dan bukan hanya terhad kepada penggunaan hasil matematik sahaja (Noor Azlan Ahmad Zanzali, 1996).

Murid akan dilibatkan secara aktif dan guru memainkan peranan sebagai pemudah cara (fasilitator). Berbeza dengan peringkat awal tadi, di mana guru hanya terlibat sebagai pengajar (instructor) (Ibrahim Md. Noh, 1995).

Pengajaran dan pembelajaran matematik telah mula diubahsuai supaya lebih menumpu kepada memberi makna kepada matematik yang diajar. Di peringkat sekolah rendah, Projek Khas telah ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan untuk tujuan menyediakan panduan untuk guru-guru berasaskan sukatan pelajaran yang sedia ada. Di peringkat sekolah menengah sukatan pelajaran matematik moden (atau matematik Pilihan C), berpandukan kepada bahan-bahan hasil projek Scottish Mathematics Group (SMG) dan School Mathematics Project (SMP) telah digubal dan mula dilaksanakan pada 1970. Penyusunan kurikulum matematik dalam era matematik moden telah dilakukan dengan kaedah yang berbeza daripada era sebelumnya.

<span style='font-size:8pt;line-height:100%'>Rujukan:

  1. Noor Azlan bin Ahmad Zanzali (2003) Modul Pengajaran “SPS 4823 Pendidikan Matematik”
  2. Nor Azlan Ahmad Zanzali (1996). ‘Isu-isu Berterusan Dalam Pendidikan Matematik’. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, 14, 19-40.
  3. Nik Azis Nik Pa(1992). Agenda Tindakan: Penghayatan Matematik KBSR dan KBSM. Kuala Lumpur : DBP
  4. Kementerian Pelajaran Malaysia (1988). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah.</span>

00:02

Teka Teki M3

Teka teki matematik dan jawapan. Kali ini Admin nak post beberapa koleksi teka-teki matematik serta jawapan. Alah.. lebih kurang kuiz matematik juga lah. Admin tak beri yang susah punya, hanya soalan matematik mudah sekolah rendah sahaja. Admin yakin teka-teki matematik sekolah rendah nie dengan pantasnya Anda semua dapat jawap, hehe.. yeke?
Jom kita lihat soalan matematik level sekolah rendah yang Admin maksudkan, ada 2 soalan saja:

Teka-teki 1: “Sang Kuriang mengambil ujian percubaan untuk menjadi anak murid Panglima Tok Rashid…Jumlah soalan yang perlu dijawab Sang Kuriang adalah sebanyak 40 soalan…Tetapi markah akhir dikira berdasarkan jumlah soalan yang dijawap sahaja….Bagi setiap soalan yang dijawab dengan betul akan mendapat 10 markah…manakala jawapan yang salah pula akan ditolak 5 markah…Kalau tak jawap tak dapatlah markah atau 0 markah…Sang Kuriang menjawab 36 soalan sahaja dan mendapat 270 markah…berapakah soalan yang Sang Kuriang salah jawab?”
Amacam, killer tak soalan teka-teki matematik atas tu. Haha, jawap-jawap! Nak jawapan? Ada kat komen di bawah post ini.. alah, jawap la dulu, uji minda. Kalau yang sedang kerja tu buat release tension. Tapi kalu bertambah tension Admin tak tanggung ya..
Teka-teki 2: Password Peti Rahsia Harta Karun – Alkisaaah.. maka tersebutlah kisaah.. Sang Kancil berjalan beramai-ramai berjalan menghadap Sultan Pelik Bin Ajaib Al-Mushkilah Shah penaung kerajaan ApakeHentah. Maka bertitahlah Baginda Sultan kepada Sang Kancil: “Beta mengetahui kisah kecerdikan tuan hamba melalu hikayat Lembu-lembu Nusantara, apakah benar?” Jawap Sang Kancil:”Apun Tuanku, Tiada yang Benar kecuali yang benar-benar belaka Tuanku”. Titah Baginda Sultan lagi: “Kalau begitau Beta mahu menitahkan tuan Hamba merongkaikan permasalahan Matematik ini, sesungguhnya Almarhum Ayah beta Sultan Ajaib telah meninggalkan satu peti Rahsia bersama wasiat Almarhum”. Lalu wasiat Almarhum Baginda Sultan Ajaib itu pun dibaca.. antara isi kandungannya diriwayatkan..
“Adapun password untuk membuka Peti Rahsia Harta Karun itu ada sebanyak LIMA nombor semuanya…
Nombor kelima jika tambah dengan nombor ketiga adalah berjumlah sebanyak empat belas
Nombor keempat adalah lebih satu daripada nombor kedua
Nombor pertama adalah kurang satu daripada dua kali nombor kedua
Nombor kedua ditambah nombor ketiga akan berjumlah sebanyak sepuluh
Jumlah kesemua nombor itu adalah sebanyak tiga puluh sahaja”
Maka Sang Kancil yang cerdik itu pun berfikir sejenak berminggu-minggu lamanya…
Siapa tahu jawapannya.. hahaha! Kira.. kira. Alah.. soalan matematik mudah sekolah rendah ja kan. Jawapan Admin akan letak dalam masa 24 jam dari sekarang di ruangan komen di bawah post ini. Anda kira dulu ya.. kira tenang-tenang 2 kuiz matematik kat atas tu.. masa panjang lagi. Hehehe..
teka-teki matematik dan jawapan
PS: Tarikh post ini dibuat – 13 Disember 2011 bersamaan 9.25 pagi. Maka 9.25 pagi esok Admin letak jawapannya.

23:58

Contoh RPH Berasaskan Projek


Contoh persediaan mengajar model berasaskan projek

Bidang : Sukatan dan Geometri
Tajuk : 13.Ruang
Standard Kandungan: Murid dibimbing untuk:
13.2   Membina bentuk 3D
Standard pembelajaran: murid berupaya untuk:
(i)                  Membina bentuk gabungan 3D dan menerangkan hasil binaan.
Masa:60 minit (2 waktu)
Fasa
Cadangan Aktiviti
Cadangan Komunikasi
1.Persediaan
Permerhatian
Analisis

Menyediakan beberapa bahan yang mempunyai bentuk kubus, kuboid,  kon, piramid dan sfera
Contoh : bola hoki,tin minuman,bekas pensel,dadu,topi hari jadi dan nasi lemak.

Perkenalkan bentuk-bentuk 3D.

Memberitahu kepada murid bahawa daripada bentuk-bentuk 3D yang dihasilkan tadi boleh membentuk objek lain.


1.       Namakan barang yang ditunjukkan.

2.       Menamakan bentuk barang tersebut.

3.       Apakah contoh-contoh lain yang sama dengan  bentuk yang ditunjukkan.
2.Imaginasi
Meneroka



Merancang





Meramal


1.       Membimbing murid menggabungkan bahan maujud tadi bagi menghasilkan satu objek lain seperti lori.

2.       Mengedarkan plastisin kepada murid untuk membentuk 3D.

3.       Membimbing murid menghasilkan bentuk 3D

4.       Meminta murid meramalkan dan menamakan bentuk yang  terhasil.

P1010010

1.       Apakah yang kamu boleh hasilkan dengan gabungan bentuk-bentuk ini?

2.       Guru menunjukkan cara-cara membuat bentuk 3D seperti kuboid dan kubus.

3.       Jika dicantum bentuk-bentuk apakah yang boleh dilihat.Murid meramal bentuk yang terhasil.

3.Perkembangan
Menambahbaikan


Menilai




Mencari maklumat












Membuat prototaip




1.       Membahagikan murid kepada 6 kumpulan.

2.       Meminta murid menghasilkan bentuk 3D dengan menggunakan plastisin yang dibekalkan.


3.       Murid diminta berbincang dalam kumpulan masing-masing.

4.       Murid diminta memperbanyakkan bentuk 3D.

5.       Murid mereka objek yang ingin dihasilkan hasil gabungan bentuk-bentuk 3D.

6.       Murid  merujuk kepada buku atau melayari internet untuk mencari maklumat.

7.       Guru membimbing murid membina prototaip dan memberi nilai tambah




1.       Murid diminta menghasilkan satu bentuk 3D dengan menggunakan plastisin.

2.       Berbincang dengan rakan-rakan untuk mendapatkan idea dan membuat projek.

3.       Bertanya guru jika perlu.
4.Tindakan
Perlaksanaan amalan berterusan:
Melapor
Merumus

Menguji prototaip




Mentaksir



Menganalisis maklumat



Dokumentasi




1.       Murid diminta melaporkan tentang hasil karya yang telah dibuat.

2.       Menguji projek yang dibina dengan memeriksa gabungan bentuk 3D untuk menjadi objek lain yang telah dibuat.

3.       Menilai hasil kerja murid dengan meminta murid memberikan pendapat dan pandangan.

4.       Penggunaan bentuk 3D yang sesuai atau tidak. Memilih bentuk 3D yang sesuai jika perlu diganti.

5.       Guru membuat rumusan daripada hasil yang diterima.

6.       Mempamerkan hasil projek pada sudut yang disediakan di dalam bilik darjah.

 




1.       Apakah objek atau prototaip  yang dihasilkan?

2.       Apakah bentuk yang digunakan?

3.       Berapakah bilangan silinder yang digunakan dalam objek tersebut?

4.       Mengapa kamu menggunakan bentuk tersebut untuk membentuk bumbung?

5.       Memberi penghargaan terhadap hasil kerja murid.
Pentaksiran
Respon murid terhadap soalan-soalan yang diutarakan oleh guru dan kesesuaian prototaip/projek.



Nilai dan sikap

Kerjasama,tolong-menolong,berani,yakin diri



23:55

Contoh RPH M3 Kreatif